Tarian

ASAL USUL TARIAN ASYIK
               Sejarah asal-usul tarian asyik ini adalah berkaitan dengan seorang raja yang dalam kesedihan  kerana kehilangan burung kesayangan baginda oleh itu tersebut ,bagi mengubat rasa rindunya itu kepada burung  tersebut,baginda telah mengarahkan supaya satu tarian diciptakan yang mana  meniru gerak-geri burung itu.Tarian Asyik merupakan salah satu tarian melayu klasik yang terdapat daripada daerah-daerah di Negeri Kelantan juga dari Patani. Ianya dipersembahkan di Istana pada hari-hari tertentu dan hari-hari keramaian. Ditarikan oleh para remaja dengan lemah lembut mengikut alunan musiknya. Asyik bererti lemah lembut, oleh itu sesuailah dengan gerak-geri yang ditarikan bersifat lemah lembut dan penuh ketertiban.

CARA PERSEMBAHAN
 tarian asyik ini ditarikan  dengan rentak tangan,badan serta pergerakan kaki yang perlahan dan penuh gemalai,hal ini kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri.

Alat Muzik
              
Alat-alat muzik yang mengiringi Tarian Asyik terdiri daripada gedumbak asyik (sebanyak 11 jenis), gambang dan rebab. Tiga alat muzik utama ini mesti ada untuk mengiringi tarian ini. Di samping gerak geri dan pakaian yang berseri.

Kostum
            Tarian Asyik telah menarik minat masyarakat seluruhnya. Pakaiannya hampir serupa dengan Mak Yong iaitu berbaju pendek warna merah, kain sarung dan satu kain panjang digantung pada bahu dan dilepaskan hingga pingggang. Pada bahagian pinggang penari memakai ( sejenis tali pinggang ) dan Puteri Asyik pula dimestikan memakai sanggul    



Tarian Dabus


Sejarah Tarian
            Asal tarian daripada Negeri Perak, dimana ianya berkaitan dengan unsur kepahlawanan Saidina Ali. Dipercayai dibawa masuk oleh Ahmad Mahyuddin dari Parsi sekitar tahun 1785. Pada peringkat awal pengenalannya, nasyid dabus dilagukan bahasa arab dan lagu-lagu rentak tarinya dinyanyikan arab atau melayu.

Kostum
Pakaian mereka yang terlibat di dalam satu-satu persembahan berbeza di antara satu sama lain. Pakaian ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu pakaian penari, pakaian khalifah dan pakaian pemuzik. 

Pakaian Penari
Pakaian penari-penari mirip kepada pakaian pahlawan. Sepasang pakaian penari lelaki yang lengkap terdiri dari sepasang seluar panjang, baju melayu telok belanga berlengan paras siku, sampin, tanjak dan sehelai selempang.
Pakaian Pemuzik
Pemuzik biasanya berpakaian baju melayu sedondon lengkap dengan sampin dan memakai songkok atau pun tengkolok
Pakaian Khalifah
Khalifah dabus biasanya berpakaian baju berwarna hitam, berseluar panjang dan memakai ikat kepala (semutar) atau bertengkolok ikatan 'getam pekasam’.


Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
1.    Kemiyan
2.    Bertih
3.    Beras Kunyit
4.    Tepung Tawar
5.    Air Penawar Bisa (Pemulih)

Bentuk-bentuk Anak Dabus:
·        Anak dabus dua telinga
·        Anak dabus bercabang tiga
·        Anak dabus bercabang empat 




                                           
TARIAN CANGGUNG


t
          Tarian Canggung merupakan tarian melayu tradisional yang popular suatu ketika dahulu. Asal perkataan canggung pada mulanya ialah Tanggung iaitu perkataan yang diambil daripada bahasa Thai yang membawa maksud menari. Tarian ini berasal daripada Negeri Perlis dan menjadi popular di Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta daripada seorang ahli tarian dari Kangar selepas Perang Dunia ke 2.
          Tarian Canggung merupakan tarian identiti negeri Perlis, yang berasal dari salah sebuah tarian Makyang Laut. Tarian ini mula diperkenalkan dalam masa pendudukan Jepun sekitar tahun 1941. Ia mula dipersembahkan oleh dua orang penari adik beradik dalam satu pesta hiburan bagi tentera Jepun dan orang ramai yang diadakan di Bandar Kangar. Mulai daripada persembahan ini berkembanglah Canggung ke seluruh negeri Perlis dan seterusnya menjadi tarian yang masyhur.
Variasi tarian Canggung samalah dengan Ronggeng, akan tetapi mempunyai nilainya tersendiri.Keasliannya terletak kepada nyanyiannya secara berbalas pantun. Pantun pembukaan juga merupakan pantun wajibnya seperti berikut:
Nasi kuning gulai ia ayam,
Singgah makan batu melintang,
Senget topi berjalan malam,
Abang nak cari si tanggul lentang,

Menerusi pantun-pantun inilah para penonton mendapat hiburan. Pantun-pantunnya ada yang menyindir, memikat, mengusik, Para-penarinya menari secara berpasang-pasangan.
Penari perempuan memegang sehelai saputangan, menari dan bergilir-gilir menyanyi sambil berbalas pantun secara spontan dengan penari lelaki. Penari perempuan memakai kain batik, baju kebaya labuh dan bunga-bungaan tersunting disanggul. Penari lelaki memakai baju melayu dan bersongkok berjenaka dan sebagainya.Canggung dipersembahkan ketika musim menuai, di majlis-majlis perkahwinan dan keramaian.

Alat Muzik
Tarian ini hanya diiringi dengan gong, dua biji gendang dan bola.
Kostum
            Kostum bagi tarian ini hampir sama dengan tarian melayu yang lain dimana, bagi penari perempuan hanya menggunakan kebaya labuh, sapu tangan sebagai props, bunga serta cucuk sanggul.
          Manakala bagi penari lelaki pula, hanya mengenakan baju melayu . Songkok serta samping digunakan.