the untold story

ehehe... lam ruangan nie.. aq nak citerr.. ttg sej.or cerita lisan... aper2 jer la...

lagenda solungkoi... Jambatan Tamparuli...

Tamparuli... tau kan.. asal dengar jambatan tamparuli.. mesti tau kan.. femes..sgt..tp taukah anda cerita di sebalik  jambatan yang gah itu? aq mula2 pun nda tau... thn 2009 my senior membuat projek akhir iaitu dramatari "solungkoi" it about pengorbanan seorang gadis.... suatu ketika dahulu ada seorang gadis bernama Solungkoi...orangnya sgt manis, cantik dan menawan sesiapa sahaja pasti terpikat... klu zaman sekarang kira mcm Marsha AF tue la..sbb dier dr tamparuli... ^ ^ cerita ini berlatar masa pada zaman pemerintahan British.. ada heroin mesti ada heroes kan.. Robinson..merupakan seorang pegawai di daerah tersebut,dan beliau menyimpan perasaan terhadap solungkoi,tetapi anak watan pasti tidak juga ketinggalan menggilai seorang gadis seperti solungkoi, Intang- merupakan seorang jejaka tempatan yg amat meminati solungkoi tetapi hanya sekadar menyimpan niat di hati..maka bermulalah kisah dengan percintaan antara solungkoi dan robinson dengan hanya diperhatikan sahaja dari jauh oleh si intang,apakan daya hendak melawan kerana pangkat dan darjat amat berbeza, dalam kelekaan percintaan ada permasalahan pula yang melanda iaitu jambatan tamparuli selalu sahaja roboh dan dihanyutkan oleh arus sungai,sudah berkali-kali diperbaiki namun keadaan tetap sama dan ini agak menyukarkan perjalanan kehidupan seharian orang tempatan dan pegawai british yang bertugas ketika itu,maka perkara itu ditanya kan kepada si intang dan diarahkan untuk menyiasat kenapakah hal sedemikian berlaku, maka si intang pun menurut perintah dan bertanya kan pada si "odu" orang yang pandai dalam ilmu alam ghaib...

masalah:

masalah yang timbul adalah disebabkan oleh amukan hantu air yang menjaga tempat sungai jambatan tamparuli didirikan, dan permintaan yang diminta adalah berupa jamuan pada awalnya si "odu" telah menyediakan bahan pengantara sebagai jamuan agar permasalahan jambatan runtuh tidak lagi berlaku tetapi hantu air tetap juga meruntuhkan jambatan yang dibina sekali lagi selepas upacara diadakan dan pada kali ini permintaan yang sangat mengejutkan dan melampau telah diminta oleh hantu air...

                                     korban....

hantu air tidak mahukan perjamuan upacara sebagai ganti pembinaan jambatan tetapi hantu air mahukan nyawa seorang gadis suci yang cantik dan manis di daerah itu sebagai galang ganti dan jaminan ini kerana hantu air inginkan seorang teman dan gadis itu mestilah ditanam hidup-hidup, selepas upacara yg kedua kalinya..si "odu" berasa sangat runsing..masakan si solungkoi yg tidak berdosa harus dijadikan sebagai galang ganti nya...

JAMBATAN TAMPARULI 1960



kerana tugas

robinson akhirnya mengetahui perkara sebenar hasil maklumat daripada intang, intang memberitakan hal yang sebenarnya kepada robinson atas dendam kesumat penolakan dan penerimaan robinson di hati solungkoi dan bukan intang yang memilikinya.




antara cinta dan tugas

robinson kebingungan dan runsing,haruskah seorang gadis yang dicintainya dikorbankan bagi keselamatan sejagat dan kekukuhan jambatan tamparuli atau membiarkan sahaja perkara yang berlaku, namun akhirnya robinson berfikir panjang dan ada motif yg tersendiri

pengkhianatan

semasa keramaian atau aramaitie bilang owg sabah... robinson telah berpura-pura minum berpesta bersama orang kampung dan solungkoi , tetapi motif yg tersimpan di dalam hati ialah utk memabukan solungkoi dan menawan solungkoi sebagai galang ganti kepada kekukuhan jambatan tamparuli..tergamaknya kerana tugas cinta dikhianati...akhirnya solungkoi mabuk dan terkulai layu di pangkuan robinson disangkakan cinta yang bersemi namun ...

korban

apabila sedar dari kemabukkan solungkoi telah digantung dan digari tangannya di jambatan tamparuli, apakan daya robinson, upacara dimulai dan hanya tangisan dan teriakkan rayuan solungkoi yang terdengar, keadaan berubah dan nyawa solungkoi di hujung tanduk...

tewas oleh pengkhianatan

solungkoi tidak dapat berbuat apa-apa lagi,orang yang dicintai sudah berubah dan tidak berperikemanusiaan, nyawanya bagai tiada makna, hantu air datang menuntut janji ....hilang cinta bersama nyawa,luka hati dendam dibawa tetapi hanya satu pesanan yg ditinggalkan............

sumpahan..

sebelum nyawa solungkoi ditarik oleh hantu air dan dibawa bersama, solungkoi telah bersumpah bahawa jambatan tamparuli tidak akan kukuh dan akan terus runtuh jika robinson tidak ditanam bersama-sama dengannya di bawah jambatan itu...

begitulah serba sedikit mengenai lagenda tamparuli... cerita ini telah dikaji oleh saudara victor pengayan, saudari shasha,saudari resty,dan saudara rofanan.... :) mau tau lebih lanjut hubungilah saudari...resty..http://www.facebook.com/profile.php?id=1780550951